Selasa, 12 Mei 2009

Raja Nazrin perkenan Nizar mengadap dan sambutan Ulangtahun UMNO yang suram


Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah berkenan menerima mengadap DS Nizar yang diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebagai Menteri Besar Perak yang sah.DS Nizar akan mengadap Raja Nazrin Shah jam 8.30 pagi ini untuk memohon pembubaran Dun Negeri Perak untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri.

Sultan Perak, Raja Azlan Shah kini berada di Amerika.Hari ini dijangkakan hari yang agak sibuk dengan DS Nizar mengadap Raja Nazrin Shah manakala BN akan ke mahkamah untuk memfailkan rayuan.

DS Nizar juga akan cuba memasuki pejabatnya di Bangunan SUK yang kini telah dikawal ketat oleh polis sejak jam 4.00 petang semalam.
Sementara itu di PWTC KLumpur, 11 Mei (malam), Perdana Menteri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan ulang tahun Umno yang sepatutnya meriah malam semalam agak suram berikutan keputusan mahkmamah Mahkamah Tinggi berhubung isu Menteri Besar Perak yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Ini bukan penghujung jalan, masih ada jalan untuk difikirkan langkah-langkah. Saya dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi (MT) akan fikir dengan semasak-masaknya apa yang terbaik untuk Umno dan BN yang kita kasihi," katanya berucap ketika berucap pada majlis Ulang tahun ke-63 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Isnin malam.

Presiden Umno itu berkata, ini kerana masih ada ruang untuk parti memikirkan langkah-langkah yang wajar dilakukan dalam menghadapi kemelut itu.Najib bagaimanapun gembira melihat Dewan Merdeka dipenuhi penyokong Umno dan BN termasuk mantan Presiden Umno dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketua-ketua sayap parti dan pemimpin parti komponen BN.

Tiada ulasan: