Rabu, 27 Mei 2009

PENANTI :AMINAH PERALATKAN KAWAN SENDIRI BAGI MERAIH UNDI DI PRK PENANTI

Calon bebas Aminah Abdullah memerangkap dua kenalan beliau dari Parti Keadilan Rakyat dengan menjemput mereka untuk makan tengah hari dan kemudian merakamkan perbualan peribadi antara mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah PKR.

Pengarah Pilihanraya PKR Saiffudin Nasution berkata Aminah, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang, sememangnya mempunyai hubungan baik dengan dua ahli berkenaan.Saifuddin berkata dua ahli PKR itu telah menerima undangan Aminah untuk makan tengah hari seperti lazimnya.
Namun kali ini, Aminah bertindak merakamkan perbualan mereka untuk digunakan sebagai modal bagi meraih undi pada pilihanraya kecil Penanti Ahad ini.

Saifuddin berkata Aminah jelas bertindak tidak iklas terhadap dua rakannya itu, semata-mata dalam cubaan untuk menfitnah PKR.“Mereka (Dua rakan Aminah) hadir makan tengahari, bahkan mereka dijemput untuk makan tengahari. Kemudian perbualan mereka dirakam. Kalau dijemput makan tengahari, tak perlulah rakam kalau tidak ada apa-apa niat,” kata Saifuddin.
Saifuddin sekali lagi menegaskan bahawa PKR tidak pernah menawarkan sebarang imbuhan kepada Aminah dan segala perbualan yang dirujuk oleh calon bebas itu adalah bersifat peribadi antara beliau dan dua kenalannya itu.

Aminah mendakwa kononnya dua ahli PKR berkenaan dihantar oleh parti itu untuk menawarkan beliau pelbagai imbuhan bagi menarik diri daripada pada pilihanraya kecil Penanti.Aminah mendakwa beliau kononnya juga ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika menang pilihanraya kecil itu.

Namun pemerhati politik berpendapat, tidak masuk akal untuk PKR membuat tawaran seperti mana yang di dakwa oleh Aminah, kerana parti itu dalam keadaan selesa untuk mengekalkan kerusi Penanti.Tambahan pula Aminah tidak mempunyai sokongan akar umbi di Penanti yang merupakan kubu kuat PKR dan Pakatan Rakyat.Saifuddin berkata PKR akan membuat kenyataan lebih menyeluruh selepas peguam PKR selesai meneliti rakaman audio perbualan tiga jam antara Aminah dan dua kenalannya itu.

Parti itu juga akan menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyelesaikan siasatan bersabit tuduhan Aminah itu.“Kenyataan yang disebut semalam menyentuh mengenai tuduhan tawaran wang dan jawatan,” kata Saifuddin. “Panel peguam telah dibentuk untuk meneliti rakaman audio ini dan sekiranya ada unsur-unsur seperti yang dituduh itu, maka ia akan disertakan dalam notis kepada calon berkenaan.

"Saifuddin berkata pada peringkat in, PKR berpendirian dakwaan Aminah itu bersifat fitnah yang bertujuan mencemar parti berkenaan dan cubaan terdesak oleh beliau untuk meraih sokongan pengundi.PKR pagi ini telah menghantar notis guaman kepada Aminah, menuntut beliau memohon maaf kepada PKR dan berhenti mengaitkan parti itu kepada perbualan peribadi yang di rakamnya itu.

Saifuddin berkata setelah mendengar rakaman itu, beliau secara peribadi berpendapat Aminah menunjukkan minat mahu kembali ke pangkuan PKR.“Komen saya adalah satu acara makan-makan, pertemuan antara sahabat dalam suasana mesra dan gelak-tawa,” kata Saifuddin. “Acara itu juga menunjukkan seperti ada hasrat untuk kembali menyertai parti. Itu gambaran yang saya dapat,” tambah Saifuddin.

Allah Tuhan yang maha kuasa bayar tunai

Selepas ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang mengkhianati Pakatan Rakyat. BN mendakwa bermacam-macam alasan untuk menghalalkan tindakan. Tiba-tiba Allah
mengambil nyawa Ahli Parlimen Bukit Gantang. Adakan Pilihanraya kecil dan Pakatan Rakyat menang. BN tergamam.

Berlaku pula krisis di Penanti, BN tidak mengambil bahagian atas alasan perletakan jawatan itu adalah permainan politik PKR. BN memberi alasan tidak mengambil bahagian kerana mengutamakan rakyat dan menumpukan kepada memulihkan ekonomi .

Tuhan mengambil nyawa Wakil Rakyat Manek Urai. Terpaksa mengadakan Pilihanraya kecil dan BN terpaksa menyertai. Apa dah jadi dengan alasan yang diberikan di Penanti?Apa akan jadi sekiranya 4 orang Wakil Rakyat BN Perak yang meninggal dunia tahun ini? Apakah kematian akan disembunyi? Sekiranya sakit tenat adakah akan diberi peralatan bantuan hayat hospital sehingga PRU-13

Ahad, 24 Mei 2009

sekitar Penamaan Calon PRK DUN Penanti




Hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil (PRK) kawasan DUN Penanti, Pulau Pinang telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti. Dianggarkan lebih kurang 1,500 orang penyokong, yang pada keseluruhannya penyokong Pakatan Rakyat datang untuk mengiringi calon.

Keadaan di luar dewan penamaan calon kelihatan aman, tenteram dan 'sunyi'.Jauh berbeza dari piliharaya-pilihanraya kecil yang lalu (seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau), kali ini tidak ada sorak-sorai, tidak ada gendang dipalu dan tidak ada juga 'perang' kibaran bendera parti atau calon yang bertanding ketika proses penamaan calon berlangsung,
Kehadiran polis di jalanan pun tidak ramai. Ada cukup polis trafik mengawal lalu-lintas, tetapi setakat ini tidak ada sekatan jalanraya yang ditemui di Penanti ataupun di Permatang Pauh. cuma kelihatan dua jip 'Pasukan Tindakan Ringan' polis, berjumlah 12 orang anggota lengkap dengan senapang pelepas gas pemedih mata yang berada di luar kawasan penamaan calon. Amin iskandar..tranungkite.

tinta purnama : sebab apa polis tak ramai berkawal pada penamaan calon penanti kali ini..?sebab umno/ bn jahanam tak bertanding..kalau depa bertanding, memeng beribu polis kena jaga coz dah tahu dah perangai Umno/Bn ni macam babi hutan. tak tahu jaga keadaan...

PUMUDA PAS NEGERI SEMBILAN DAPAT KETUA BARU

KETUA PEMUDA PAS BAGI SESI 2009-2011 USTAZ KHAIRUL ANUAR MOHD WAFA

SERAH TUGAS DIANTARA YB MOHD TAUFIQ DAN USTAZ KHAIRUL ANUAR

PAROI - Bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Y.B. Taufiq Abd Ghani selaku Adun Paroi lah menyerahkan tugas secara simbolik kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang baru bagi sesi 2009-2011 saudara Khairil Anuar Wafa.

Pada pemilihan pucuk pimpinan pemuda yang diadakan baru-baru ini beliau tidak bertanding kerana telah melepasi had umur, malah beliau ingin menumpukan sepenuhnya pada pusat khidmat beliau di dun Paroi.
Beliau berharap agar Khairil Anuar dapat meneruskan kesinambungan bersama kepimpinan yang baru.dan menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

" Saya berharap kabinet baru ini bekerja untuk Islam dan rakyat Negeri Sembilan. Saya juga bersedia untuk bertukar-tukar pendapat dengan kepimpinan baru pemuda dan memberi pandangan serta apa yang perlu".

Sementara itu Khairil Anuar berkata beliau akan berusaha untuk kekalkan prestasi Pemuda PAS N.Sembilan yang dibawa oleh YB Mohd Taufek sebelum ini selama YB Mohd Taufek menerajui Pemuda PAS NS.

ditanya apakah perancangan Khairil Anuar bagi pemuda Pas di Negeri Sembilan selepas ini, beliau menegaskan bahawa lebih banyak langkah-langkah akan di ambil agar PAS dapat menguasai lebih banyak kawasan pada Pilihanraya Umum akan datang.
" Kami akan tingkatkan usaha untuk menawan lebih banyak kerusi di Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Malah kami juga akan mendekati lebih banyak golongan muda termasuk golongan bukan Melayu/Islam dalam memantapkan perjuangan parti", ulas Khairil Anuar lagi.

Selain dari Khairil Anuar selaku Ketua Pemuda PAS NS, kepimpinan Pemuda PAS Negeri Sembilan yang baru adalah terdiri daripada Mohd Suffian Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Pemuda dan Mohd Fuad Othman sebagai Naib Ketua Pemuda.

Jumaat, 22 Mei 2009

“Tidak Ada Peruntukan Undang-undang Yang Wujud Untuk Memecat Menteri Besar”-Sulaiman Abdullah


Sulaiman Abdullah (gambar) yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin memberitahu “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri”.

Sulaiman berkata demikian dalam Mahkamah Rayuan yang bersidang bagi mendengar kes untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sini semalam.

Beliau membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan tahun 1966, yang telah membawa kepada pindaan kepada undang-undang negeri Sarawak dibawah peruntukan darurat (emergency legislation) bagi memberi kuasa kepada Gabenor Sarawak melucutkan jawatan Ketua Menteri.

Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, mahkamah telah memutuskan cara untuk membuktikan Ketua Menteri telah hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat adalah hanya dengan undi tidak percaya dan sidang DUN.

Suleiman berkata, walaupun mahkamah memutuskan demikian, krisis politik Sarawak ketika itu tidak selesai kerana Stephen Kalong Ningkan masih enggan meletakkan jawatan.

Oleh itu kerajaan persekutuan terpaksa menguatkuasakan perintah darurat di negeri Sarawak bagi membolehkan satu pindaan dibuat, memberikan kuasa kepada Gabenor untuk melucutkan jawatan Ketua Menteri.

Peruntukan yang dipinda tersebut walaubagaimanapun hanya bertahan selama enam bulan dan terbatal setelah perintah darurat ditamatkan

Suleiman berkata, pindaan undang-undang melucutkan jawatan Ketua Menteri bagi kes Ningkan, terpaksa dibuat dibawah perintah darurat, adalah satu kenyataan bahawa seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar itu tidak boleh dilucutkan jawatannya.Ia adalah kerana tidak ada peruntukan yang wujud dalam undang-undang bagi melucutkan jawatan seoang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Sulaiman telah menggunakan fakta tersebut untuk menyokong hujahnya mengapa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh meminta Nizar meletakkan jawatan atau menganggap jawatan Menteri Besar adalah ‘kosong’ sekiranya Nizar enggan meletakkan jawatan.

“Undang-undang negeri Sarawak tidak memperuntukkan kuasa keatas Gabenor untuk memecat atau dengan makna lain, untuk memaksa Ketua Menteri meletakkan jawatan, walaupun telah di buktikan Ketua Menteri tersebut telah hilang keprcayaan majority.

"Oleh kerana Stephen Kalong Ningkan tidak meletakkan jawatan, jawatanya (pejabatnya) tidak boleh dianggap kosong. Oleh yang demikian, undang-undang darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan satu pindaan dibuat untuk melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan,”kata Suleiman yang menambah undang-undang negeri Sarawak adalah sama dengan undang-undang negeri Perak

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan persidangan semalam sehingga jam 3 hari ini (22 Mei)