Isnin, 18 Mei 2009

Dewan Undangan Negeri Perak Bubar Hari Ini..?

IPOH- Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak hari ini yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.

Ini mungkin ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah BN mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.

Menurut sumber "Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di antara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

"Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut". Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.


--Hanya Sultan Perak sahaja yang bakal menjadi penentu kepada kecealruan dan masa depan politik di Perak. Jika Tuanku Sultan benar-benar raja yang berjiwa rakyat, maka baginda akan melaksanakan apa yang dikehendaki rakyat. Namun, jika baginda masih tetap dengan keputusan yang ada sekarang, sudah pasti keadaan akan menjadi lebih merumitkan--.

Tiada ulasan: