Selasa, 14 April 2009

UCAPAN TAHNIAH DARIPADA KETUA PEMUDA PAS JEMPOL

Ketua Pemuda Pas Kawasan jempol yang baru dilantik bagi sesi2009-2011, Ustaz Mohd Fairuz Bin Mohd Isa mengucapkan tahniah dan berterima kasih atas sumbangan pemuda Pas kawasan Jempol dalam melaksanakan tugasan membantu kemenangan calon Pas di P059 Bukit Gantang iaitu Dato' Seri IR Mohammad Nizar Jamaludin pada pilihanraya kecil pada 29mac-7 april yang lalu.

"Bantuan serta kerjasama daripada Dewan Pemuda Pas kawasan Jempol, juga dari gabungan jentera Negeri Sembilan memperlihatkan peningkatan undi dari beberapa buah kampung dan unit peti undi (upu) yang diamanahkan kepada kontijen Negeri Sembilan pada PRK yang lalu."

"Ucapan Ribuan Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sama-sama menyertai misi rawatan kesihatan yang di ketuai oleh Ustaz Abdul Hadi seorang herbalis HPA. mereka bertungkus lumus siang dan malam, tanpa mengenal erti penat. mereka masuk setiap rumah pengundi di Bukit Gantang dalam misi rawatan disamping meraih undi daripada mereka." Antara rawatan yang diberikan ialah membuang darah kotor dari badan (bekam), refleksologo, akupuntur, membetulkan tulang belakang dan melihat penyakit dari anak mata.

"Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan penat lelah kalian selama berkhidmat disana." beliau menyatakan demikian ketika sesi Usrah cawangan Bukit Kerdas kali ke-4 yang diadakan di Nadhrah Thaqafah baru-baru ini.

Ust Abd Hadi bersama YB Zulkifli Mamat
Urutan refleksologi pada kaki
Bekam, salah satu rawatan yang diberikan

Tiada ulasan: