Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman seperjuangan yang setia menjengah blog cinta syahid ini, semoga diberi barakah dan kesihatan dari yang maha esa.
Pertamanya cinta syahid ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat teman-teman yang memberi riaksi spontan dalam bentuk teguran atau nasihat berkenaan blog cinta syahid ini.penulis akui bahawa kehadiran blog ini hanyalah untuk sama-sama kita berbincang mengenai politik semasa di tanah air.walaupun sebahagian daripada teman-teman penulis beranggapan bahawa artikel politik yang ditulis oleh penulis di blog ini terlalu sensitif oleh sesetengah pihak, bahkan boleh menjatuhkan karier politik serta maruah seseorang.tak mengapalah, itu pendapat kalian dan itulah yang penulis idam-idamkan ketikamana membina blog ini. yang penting Al Amr Bil Ma'ruf WannahYu Anil Munkar mesti ada dalam membina kembali dalam kehidupan sebagai seorang yang bergelar MUSLIM.
Suasana politik tanah air kita ketika ini sangat suram.setelah Pakatan Rakyat memenangi 2 dari 3 kerusi yang dipertandingkan pada PRK yang lalu.Alhamdulillah, rakyat masih lagi bersama Pakatan dan Thunami politik pada Pilihanraya ke 12 yang lalu masih lagi memihak kepada PR.setakat Pilihanraya kecil (prk) yang telah diadakan, kita mendahului 4 berbalas 1. Terdahulu kita memenangi PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. dan yang terbaru Pakatan dapat menawan dua Bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau. BN hanya dapat Batang je.
Semalam Politik semasa digemparkan dengan pemboikotan 10 adun BN di Dewan Undangan Negeri Terengganu.pada awalnya Rosol wahid yang merupakan adun Ajil menafikan dalam berita arus perdana bahawa desas desus yang mengatakan akan undi tidak percaya kepada MB Terengganu pada sidang dewan yang bermula semalam.tetapi apa yang berlaku lain pula ceritanya. mereka tidak hadir sidang dewan itu kerana 2 orang daripada mereka menerima sms berupa ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenali.. wah, macam-macam betul sendiwara mereka ini.dunia..oh dunia..!!!
Hari ini juga kita akan ketahui kedudukan adun Bukit Lanjan juga Exco Negeri Selangor Elizebart Wong, setelah tersebarnya gambar separuh bogel beliau.dan pada hari ini juga kita akan ketahui siapakah bakal menduduki kerusi panas Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. setelah Muhammad Fairus Khairuddin yang menduduki kerusi itu sebelum ini meletakkan jawatan.
Politik tanah air kita semakin hari semakin tidak menentu. ada yang tidak berpuashati dengan anggota kabinet yang dibuat oleh Najib sehinggakan sanggup membuat kenyataan ingin keluar dari komponen Bn.ada yang ingin meletakkan jawatan setelah tidak terpilih dalam kabinet baru Najib dan macam-macam lagi ada...ntahlah, mohon pada Allah biarlah berkecamuk Umno dan Bn ini. daripada menyusahkan umat manusia dan menyusahkan rakyat, lebih baik lenyap dari muka bumi Malaysia ini.
Rabu, 15 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan