Benarkah Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mengadakan pertemuan dengan bapa kepada "Mangsa Liwat" Saiful Bukhari Azlan pada 8 Jun 2008 yang lalu?. Perkara ini didedahkan oleh Saiful dalam blognya atas tajuk "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" yang diposting baru-baru ini. Sebagai bukti satu video telah diambil menggunakan telefon bimbit bapanya itu di rumah Anwar di Segambut, sebelum berlepas ke tempat "Ceramah Harga Minyak Naik " di AU2, Keramat pada 8 Jun 2008.
Menurut Saiful itu adalah pertemuan pertama bapa bersama Anwar. Ternyata bapanya cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi penyokong kepada Anwar sejak tahun 1998 untuk bertemu pemimpin itu telah beliau realisasikan pada hari tersebut (foto). Dikesempatan itu juga, bapanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar kerana memberikan beliau peluang untuk bekerja bersama beliau.
Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah Anwar lakukan kepada anaknya sendiri. Demikianlah petikan tulisan yang dapat kami kutip dari blog Saiful. Persoalanya sekarang, apakah benar rakaman video pertemuan itu dan kenapa baru sekarang mahu didedahkan kepada umum.?
Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Dalam masa yang sama, Saiful juga dikatakan telah mengatakan kejadian liwatnya dengan Anwar juga telah dirakamkan dengan menggunakan kamera video. Beliau kononnya akan menggunaka video itu sebagai bahan bukti ketika kes tersebut bermula Julai nanti. Apapun sama-sama kita nantikan perkembangan terkini kes Saiful Bukhari Al- LIWATI dan Anwar ini nanti.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan