Jumaat, 17 April 2009

RM 45,786 DIGUNAKAN UNTUK MEMUJA ROSMAH


Penulis sangat terkejut setelah membaca berita tentang pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sembilan sehari dua ni. Sepertimana yang diberitakan, sebanyak RM 45,786 telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk membeli ruangan iklan satu muka di sebuah akhbar arus perdana untuk mengucapkan terima kasih kepada Rosmah (gambar) kerana sudi melawat Daerah Rembau. Itu tidak termasuk kos mencetak banner, poster dan lain-lain.
Timbul tanda tanya dalam minda penulis. Kenapakah sampai begitu sekali Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan wang negeri kerana kedatangan seorang suspek pembunuhan Altantuya? Hebat sangatkah Rosmah ini? Sudahlah duit tersebut adalah duit rakyat. Kalau duit sendiri takpalah juga, macam mak bapak dia punya duit pula boleh guna sesuka hati. Harga tersebut bukannya sedikit. Berapa ramai lagi orang yang memerlukan duit tersebut di Negeri Sembilan. Mereka hanya berjalan di pasaraya untuk meminta sedekah seringgit atau dua…

Nabi Muhammad SAW adalah seorang nabi yang tidak memiliki dosa, dan Baginda SAW sangat tekun beribadah. Kita hari ini, sudahlah dosa bertimbun-timbun, solat fardhu pun payah! Duit beribu-ribu dibelanjakan untuk memuja seorang manusia yang akan mati, tetapi berapa senkah kita belanjakan untuk memuji Allah, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan manusia?! TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA....

Tiada ulasan: