Rabu, 8 April 2009

Rasuah Di Bukit Gantang

RASUAH OH RASUAH..
BAGI SALAH..
TAK BAGI KALAH..
JADI UMNO SERBA SALAH..

Kita mungkin masih lagi ingat kata-kata hikmah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz buat Umno / Bn pada setiap sesi ceramah beliau suatu ketika dahulu.kerana berleluasanya rasuah dikalangan mereka, sehingga pemimpin mereka sendiri tak tahu bagaimana untuk membersihkannya lagi dikalangan mereka.Tapi pada PRK kali ini berlaku lagi, bagaimana duit, barangan keperluan harian, pakaian, dan basikal ditaburkan buat penduduk Bukit Gantang.

tidak lagi dikira bagaimana budak-budak sekolah dan para wanita belasan tahun digunakan bagi kepentingan peribadi mereka.rm400 sudah dibahagi-bahagikan sesama mereka 2 hari sebelum pembuangan undi di lakukan.dan basikal diagih-agihkan kepada semua puteri-puteri dan penduduk kampung dengan syarat meletakkan lambang dacing dan bendera B.N. serta wajib berkonvoi mengelilingi setiap UPU dan corok kampung..


Perkara ini berlaku dihadapan mata penulis sendiri ketika sama-sama berkempen di Bukit Gantang.bukan memfitnah, mengata,provok, atau nak menyakiti hati sesiapa.ini soal maruah.parti yang dikatakan masih lagi disanyangi rakyat, masih mendapat kepercayaan rakyat dan sebagainya hanya kata-kata manis yang keluar dari mulut para pemimpin mereka sahaja.pembohongan-demi pembohongan para pemimpin tertinggi mereka di layar-layar tv ketika berlangsungnya PRK, membuatkan rakyat jadi marah dan bosan.

Penulis berada di Bukit Gantang selama beberapa hari, Kampung Setia, Kampung Jahar dan Kampung Perak ialah kubu kuat Barisan Nasional sejak beberapa dekat lalu.pada PRK kali ini Alhamdulillah kontinjen Negeri Sembilan telah dapat menembusi kampung-kampung tersebut. Hinggakan kampung Setia dapat membuka satu cawangan pada PRK kali ini. " ini satu sejarah bang" kata salah seorang pemuda di kampung tersebut.." pada Pilihanraya ke 12 lalu,dan pada pilihanraya sebelum-sebelumnya, satu bendera Pas pun tak dapat memasuki kampung ini. tetapi pada PRK kali ini, Alhamdulillah kita bukan sekadar dapat memasang bendera Pas, tetapi seramai 40 orang penduduk kampung telah menyertai Pas dan seterusnya dapat menubuhkan cawangan.." tegas beliau

Subhanallah...maha suci Allah yag telah membuka pintu hati hamba-hambanya.betapa penulis merasai sendiri kemanisan dalam menegakkan islam ini, lebih-lebih lagi apabila penulis menyertai sendiri kempen di PRK Kuala Terengganu yang lalu dan seterusnya menang dengan bergaya.mudah-mudahan pada PRK Di Bukit Gantang ini nenberi satu roh kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang menegakkan agama Allah InsyaAllah..Allah Hu Akbar!!!

AKIBAT SALAH MEMBERI MANDAT..
RAKYAT KENE TANGGUNG AKIBAT..
MAKLUMAT BENAR SERING DISEKAT..
BERITA PALSU SERING DISUMBAT..
BILA PILIHANRAYA SUDAH DEKAT..
UMPANKAN HABUAN UNTUK RAKYAT..

Tiada ulasan: