Jumaat, 17 April 2009

PILIHANRAYA KECIL PENANTI UJIAN KE 6 BUAT PAKATAN RAKYAT


Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (gambar) hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini. keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.dan ini bermakna selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, 6 pilihanraya kecil telah berlaku.dan PAKATAN RAKYAT telah mendahului kemenangan 4-1. jom kita tunggu sama-sama pengumuman ketua umum keadilan tentang siapakah calon bagi dun Penanti, Pulau Pinang ini dan bilakah akan diadakan PRK yang ke 6 ini.
Marilah kita sama-sama berganding bahu mempertahankan kerusi PAKATAN RAKYAT ini.InsyaAllah kita sama-sama berganding bahu, bekerjasama dan memohon pertolongan dari Allah semoga kemenangan akan sentiasa bersama kita Amin...!!!
Mampukah Umno dan BN menghadapi prk sekali lagi setelah kalah teruk di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. kita akan lihat di Dun Penanti selepas ini, siapa yang kena...!!!

Tiada ulasan: