Perdana Menteri, Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet pertamanya hari ini. Semua yang menang dalam pemilihan Umno lepas telah dilantik semula oleh Najib. kecuali Khairi Jamaludin yang menang dalam merebut jawatan ketua pemuda, tidak dilantik oleh Najib.
Dalam riaksinya semasa dihubungi oleh bilik berita NTV7, sebelum pengumuman barisan kabinet oleh Najib, Khairi telah bertemu dengan Najib dan dia dinasihati agar memberi fokus kepada pemuda dan dia tidak akan dilantik memegang sebarang jawatan dalam kabinet.
Bahkan sebaliknya bagi Mukhriz Mahadhir yang tewas pada pemilihan pemuda yang lalu telah dilantik semula dalam kabinet Najib.bagi penulis inilah dia permainan politik Umno dan BN. tak tahu ke kamu wahai Khairi Jamaludin..!!! yang Najib tu nak menghapuskan saki baki puak Pak Lah dalam kerajaan beliau..?? kenapa Mukhriz dilantik semula pada hal dia kalah dalam pemilihan Umno lepas..?? jawapannya ialah dia puak Najib, Tun Dr Mahadhir pun orang-orang Najib.sebab itulah dia sanggup keluar Umno semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan berjanji akan kepangkuan Umno semula jika Najib menjawat sebagai PM Malaysia.
Kalau difikirkan memang tak masuk dek akal jika seorang yang menang besar dalam pemilihan dahulu tidak dilantik semula dalam kabinet baru. padahal Shahrizat Jalil yang menang bergaya dalam perebutan ketua wanita Umno telah dilantik semula dalam kabinet Najib.
Bila terjadi macam ni, penulis teringat satu buku yang ditulis oleh Yahaya Ismail yang bertajuk TUAH & SIAL KHAIRI JAMALUDIN, semasa hari-hari terakhir pemilihan ketua pemuda bulan lepas.Bagi penulis kemenangan dia sebagai ketua pemuda pun hanya kemenangan RASUAH. dia telah dikaitkan dengan rasuah, tetapi dibenarkan bertanding oleh badan disiplin Umno. Kemana arah puak-puak Pak Lah selepas ini..??? Jadi kain Buruklah korang macam Pak Lah.sebagaimana yang berlaku semasa kempen dibukit Gantang. Satu gambar Pak Lah pun tak nampak.yang banyaknya gambar Najib, Ismail Danok dan gambar MB Perak Haram Jadah. suasana kempen PRK di Bukit Gantang memperlihatkan bagaimana Najib membalas dendam terhadap puak-puak PakLah.
InsyaAllah, penulis sentiasa mendoakan agar BN dan Umno akan sentiasa bergolak dan seterusnya pupus dari bumi Malaysia ini Amin Ya Rabbal A'lamin...!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan