Sabtu, 11 April 2009

KESINAMBUNGAN...

Tiga Pilihanraya kecil sudah berakhir dan keputusannya umum telah mengetahui. Pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah membuat pilihan mereka sendiri, kepada yang menang mempunyai tanggungJawab yang besar. dan kepada yang kalah juga harus bertanggungjawab dengan kekalahan mereka.jangan salahkan orang lain.dan jangan salahkan pengundi, tetapi salahkan diri sendiri kerana tidak fokus dalam memainkan isu-isu menarik.

Sebelum itu Pemilihan Agung Umno juga telah berakhir.dengan keputusan yang diputuskan oleh ahli parti.ada calon yang gugur dan ada calon yang naik.disamping itu juga Perdana Menteri yang ke-6 telah diumumkan. kesinambungan dari pemilihan itu senarai kabinet terus diumumkan semalam tanpa ada rahsia lagi dikalangan ahli politik dan rakyat Malaysia.

Semalam juga keputusan kes Pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu sudah dimuktamadkan oleh Mahkamah.Cif Ispektor Azilah Hadri dan Kopral Sirul Umar terpaksa menerima hakikat ke tali gantung, selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita berkenaan tiga tahun lalu.keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin, apabila pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguaan terhadap kes pendakwaan.

Apalagi selepas ini? lihatlah dengan realiti dan semua orang kena kembali memikirkan diri sendiri.tentang keluarga, masyarakat dan negara.Dunia semakin teruk.Ekonomi dunia semakin menekan hidup, termasuk juga di negara kita. kepada mereka yang berpendapatan tinggi dan bekerja di ibu kota Kuala Lumpur seumpamanya, dapat lagi membuat perhitungan sara hidup seharian.tetapi bagi saudara-saudara kita yang hidup dipendalaman dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap, bayangkan bagaimana kehidupan mereka..!

Alam sekeliling kita bukan lagi tempat terbaik untuk kita berlindung. Pencemaran alam berlaku dimana sahaja.kerakusan pemerintah membolot harta-harta rakyat dan khazanah alam bagi tempolok sendiri, membuatkan alam disekeliling menjadi tidak selamat kepada semua.
lihat sahaja berlaku tanah runtuh, banjir lumpur dan seumpamanya kerap berlaku sejak akhir- akhir ini. hanya kerana ketamakan dalam membolot sedikit kemewahan duniawi, rakyat menjadi mangsa.

Sengketa menjadi semakin dekat dengan kita.rusuhan, pergaduhan, maki hamun, pembunuhan dan sebaginya berlaku setiap hari.itu tidak termasuk lagi kes-kes yang melibatkan gengtrisme dikalangan pelajar.kes yang melibatkan muda-mudi seperti khalwat, zina, mengandungkan anak luar nikah, rempit, ragut dan sebagainya.semakin hari semakin menjadi-jadi dinegara kita.. hukuman yang diberikan kepada mereka oleh pihak berkuasa hanyalah amaran, denda, penjara atau kadang-kadang dilepaskan begitu sahaja.

Semua yang berlaku ini hanyalah dari kacamata penulis sendiri.apa yang penulis lihat itulah senario yang berlaku di negara kita.kesinambungan demi kesinambungan yang dapat penulis lakarkan disini hanya untuk megajak semua rakyat Malaysia memikirkan kembali bahawa kehidupan kita diatas muka bumi ini hanyalah sementara.tiada yang kekal kecuali Allah s.w.t.
fikir-fikir dan renung-renungkanlah..!!!!!

Tiada ulasan: