Ahad, 12 April 2009

JAGUH LOMPAT YANG PALING MALANG DI ABAD INI

Jaguh lompat parti negara, YB Ibrahim Ali memang terkenal dengan kelantangan kosong beliau. Beliau hanya tahu mengkritik orang lain tetapi beliau mungkin lupa bahawa beliau telah lama kehilangan kredibiliti sebagai ahli politik yang sepatutnya disegani setelah beliau sering melompat parti.

Cuba kita bayangkan siapakah yang mempunyai pegangan politik atau berpayung di bawah lebih daripada 3 parti. Dari UMNO kepada Semangat 46 kepada PAS dan kepada Bebas, beliau memang tidak mempunyai pegangan yang kukuh. Beliau yang memenangi Parlimen Pasir Mas dengan simpati PAS seolah-olah hilang kepercayaan dengan rancangan asal Pakatan Rakyat menidakkan Barisan Nasional pada 16 September.


Beliau yang muncul di TV 1 ketika mana Pakatan Rakyat (PR) mewar-warkan peralihan kuasa Negara pada 16 September yang lalu, menekankan bahawa rancangan DSAI adalah momokan politik semata-mata! Lupakah Ibrahim siapa beliau? Beliau adalah jaguh lompat parti negara, maka amat mustahil acara melompat beramai-ramai akan berlaku.kritikan demi kritikan beliau secara terbuka kepada para Pimpinan Pakatan Rakyat terutama di parlimen, membuatkan beberapa pimpinan parti PR menyuruhnya meletakkan jawatan.termasuklah Mursyidul Am Pas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada pilihanraya Umum yang lalu beliau menang besar atas tiket Pas, setelah beberapa kali keluar masuk parti dan terakhir adalah bebas dan ianya tidak diterima oleh rakyat kelantan. Beberapa hari lepas penulis ada melihat siaran berita canel 502 Bernama tv menanyakan kepada beliau tentang desakan demi desakan pihak-pihak tertentu menyuruhnya meletakkan jawatan.tegasnya beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan walau apa pun yang terjadi..
wah, bisa betul mulut si katak yang tiada pendirian ni ye..!! bila ditanyakan adakah beliau akan menyertai semula Umno " Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh"

Ape la nak jadi dengan budak sorang ni..dahlah menang atas tiket PAS, tetapi masih suka mengkritik parti bahkan tiada langsung untuk mempertahankannya.inilah jenis manusia yang tidak mengenang budi dan inilah dia jaguh lompat yang paling malang di abad ini. tiada maruah, melompat kesana sini, dihina dan di cerca oleh manusia sekeliling, tiada pendirian dan tiada istiqamah dalam berpolitik.
buat teman-teman seperjuangan.moga-moga kita mengambil iktibar dari kisah KATAK yang malang ini..

Tiada ulasan: