Jumaat, 17 April 2009

GOBIN BOLEH SAMAN SPEAKER PARLIMEN MALAYSIA..!!!

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar HARAM JADAH, Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Zambry sebelum ini digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun oleh speaker dun V Sivakumar.

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal dan tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panal lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara. - Malaysiakini-

Lihatlah betapa kuasa kebal speaker yang selama ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak, kini telah tiada.lihatlah wahai seluruh rakyat malaysia...keadaan yang berlaku didalam negara kita sekarang ini.bagi penulis jika beginilah keadaan mahkamah dan hakim-hakim dalam membuat keputusan, nantikan episod malang akan datang yang telah menunggu mereka.


Penulis berharap anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang digantung oleh speaker parlimen Malaysia selama setahun pada 16 mac lalu, kedepan menyaman Speaker Parlimen Malaysia kerana menggantung beliau selama setahun. kini kuasa speaker telah terhapus dengan pendirian yang dibuat oleh presiden mahkamah rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif. Dalam kes Zambry dan enam exconya ini.

MB haram jadah perak pasti tersenyum dengan berita gembira yang di buat oleh mahkamah ini. Tapi ingatlah, kuasa speaker tetap kuasa speaker.kamu tetap tidak diterima oleh rakyat Perak sebagai menteri besar. hiduplah kamu dalam dunia kamu, dunia khayalan MAT JENIN. rakyat Perak tetap tidak akan menerima kamu, walaupun kamu berkuasa di Negeri Perak tika ini.sehinggakan penulis sendiri pun menggelar kamu sebagai MENTERI BESAR HARAM JADAH...

Tiada ulasan: