Khamis, 30 April 2009

Pertandingan Di Dun Penanti : Umno putuskan hari ini

PETALING JAYA: Keputusan sama ada Umno akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan dijangka diputuskan hari ini.

Biro Politik Umno bermesyuarat hari ini.Mesyuarat tersebut dijadual dipengerusikan oleh Najib Tun Razak di Putrajaya pukul 5 petang.Ketua Puteri Umno, Rosnah Rashid Shirlin ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perkara tersebut.

“Ya, hari ini Biro Politik akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada BN (Barisan Nasional) yang diwakili Umno akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil Penanti,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi kerusi DUN Penanti ialah 23 Mei ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian akan diadakan pada 31 Mei.

Tiada ulasan: