Khamis, 23 April 2009

Dulu SPRM Mendakwa Adanya Bukti Untuk Mensabitkan Fairus Tapi Kini Lain Jadinya..

PULAU PINANG - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi.

"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya. Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu. Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya. Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus.

Panulis - dunia oh dunia...macam -macam ada.kerana sakit hati dan dendam kesumat yang tidak pernah puas dengan apa yang ada pada diri, sanggup buat apa sahaja terhadap orang lain.biarlah orang lain menderita, biarlah orang lain celaka, biarlah orang lain dihina.aku sanggup memfitnah, aku sanggup menikam mereka dari belakang.biarpun dia sahabat seperjuanganku...!!
oh hinanya hidup tanpa iman didalam jiwa..inilah sifat manusia yang akan dilaknat Allah s.w.t. diakhirat nanti..

Tiada ulasan: