Danok oh danok..!!! itulah salah satu ungkapan atau kata-kata yang dilaungkan oleh perayu undi PR pada pilihanraya P059 Bukit Gantang baru-baru ini.penulis memang tidak boleh melupakan ungkapan itu hingga saat ini, kerana penulis juga tidak terkecuali menyebut dan melaungkannya ketikamana pemuda-pemuda BN melalui kawasan UPU Pakatan Rakyat.
Penulis merasakan salahsatu faktor kekalahan BN di Bukit Gantang adalah kerana kata-kata DANOK ini.mana taknya risalah-risalah yang bertaburan di sekitar Gukit Gantang menunjukkan calon BN Ismail Safian, dikelilingi oleh gadis-gadis DANOK Thailand yang montok lagi gebu sambil bersukaria.tambahan lagi surat pengakuan beliau yang mengamalkan rasuah semasa kempen pemilihan parti baru-baru ini serta pengakuan beliau sendiri bahawa seringkali ke DANOK Thailand untuk bersukaria, kepada Najib Tun Razak, telah tersebar luas keserata ceruk kampung dan pekan di Bukit Gantang.
Dan akhirnya sepanjang pembuangan undi dilakukan, batang hidung pun tak nampak untuk melihat perjalanan pilihanraya di setiap UPU Umno dan BN.Bagi penulis satu kesilapan bagi Najib memilih calon yang buruk akhlak, dan terkenal dengan kaki rasuah dan suka perpoya-poya bukan di dalam Malaysia, tetapi dengan gadis-gadis Thailand.apa yang dilakukan dengan gadis-gadis itu?Wallahu A'lam.
Penulis mendoakan semoga Allah merahmati semua pengundi Bukit Gantang yang memilih seorang yang warak, berilmu pengetahuan tinggi serta baik budi pekerti seperti Dato' Seri IR Mohammad Nizar Jamaludin, sebagai pemimpin di Bukit Gantang.kepada para pejuang dari seluruh negara yang datang membantu kempen semenjak pengumuman akan diadakan PRK Bukit Gantang sehingga diumumkan kemenangan PAS, hanya Allah dapat membalas segala penat lelah, usaha gigih, pengorbanan tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan oleh kalian disana..semoga Allah memberkati kita semua InsyaAllah...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan