Rabu, 29 April 2009

AL-FATIHAH UNTUK ANAK-ANAK SYAHID INI...

Menerusi blog ini, saya menyeru sekelian rakyat Malaysia yang berhati luhur dan ikhlas agar dapat menyumbangkan simpati dalam bentuk apa saja, dana, pakaian, dan lain-lain kepada keluarga yang ditimpa musibah di Trong minggu lalu. Sumbanglah..wahai saudara seislamku, buat anak2 yang telah pergi ini,
Al-Fatihah..

Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga)

Jenazah Mohd Saiful Nordin 7 tahun dan Jenazah Amirul (anak2 syurga) mati terbakar dalam keadaan berpelukan- Kelihatan Hj Nizar dan isteri.


Hj Nizar dan Isteri menenangkan Nordin Mat Nor 66 tahun dan Mah Abdul 34 tahun.


Musibah Pilu@Bukit Gantang :Satu kejadian menyayat hati berlaku ke atas satu keluarga miskin tegar Nordin Mat Nor yang kehilangan 3 orang anak dalam kebakaran Pondok Di Ladang Kelapa Sawit Kg Sungai Rotan,Batu Hampar.

HJ Nizar sewaktu kejadian berada di Lumut dalam satu rsngks Program di Lumut Bandar Tentera Laut. beliau bergegas pulang untuk melihat kejadian ysng mengakibatkan keluarga ini kehilangan tiga orang anak dalam kebakaran di Sg Rotan ini.

Dalam pada itu beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu mengurusankan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Batu Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.

Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483-Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau terus ke atas nama dibawah ini.bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan peribadi bolehlah menghubungi sebagaimana tertera dibawah :-

Suami : Noordin b Mat Nohi/c no.: 430313-08-5413Acc.
BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2

Isteri : Mah Bt AbdullahI/c no. : 751223-08-5118Acc.
BSN (giro) : 08239-41-00001399-4
No. tel : 019-557 3391

Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi (di dlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bagi keluarga Pak Noordin.

Tiada ulasan: