Selasa, 17 Mac 2009

Salam perjuangan & Iklan Nadhrah Thaqafah Ent.


Salam semua buat teman seperjuangan..,

Alhamdulillah, dapat jugak buat seketika menjenguk blog ni setelah hampir 2 minggu penulis tak dapat mengedit blog cinta syahid ini.cuti sekolah pun dah bermula, nampaknya bolehlah penulis memasukkan sedikit sebanyak bahan untuk sajian teman-teman yang menjadi tetamu blog cinta syahid.

pertamanya Penulis ingin mengucapkan terima kasih dan Jazakallah hu khairan khatira kepada teman-teman yang sudi mencuri sedikit masa untuk melayari blog ini serta memberi komentar dan memberi tunjuk ajar kepada penulis sebagai orang baru, bagaimanakah untuk menjadi seorang blooger dalam kesibukan melalui liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.penulis masih lagi memegang title seorang students, tetapi dalam kesibukan mencari bahan-bahan kajian serta bergelut dengan kitab-kitab pelajaran, penulis tetap akan meneruskan agenda perjuangan melalui blog ini untuk menegakkan Daulah Islamiyyah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam di bumi Malaysia InsyaAllah.


Semalam seorang teman penulis bertanya, penulis ni betul-betul ke anti kerajaan? penulis memberi jawapan dengan hanya mengganggukkan kepala je.penulis pun hairan jugak kenapa dia boleh tanya macam tu.sedangkan dia boleh lihat blog penulis ni, adakah penulis condong ke arah parti pemerintah atau parti pembangkang.nama blog pun Tinta Purnama, dah terang lagi bersuluh terpampang dalam blog penulis ni bulan purnama, takkanlah nak tanya lagi kepada penulis...!!. ntahlah, penulis pun tak tahu dia condong kearah mana.kami hanya teman sahaja dan penulis pun kurang ambil tahu tentang dia kerana setelah hampir setahun berkawan nampak-nampaknya dia tak begitu berminat dengan politik.tapi tak apalah, itu sabagai tambahan je.


InsyaAllah dalam beberapa minggu ni, penulis akan bercuti dan dalam fatrah itu banyak program-program yang telah diatur oleh Nadhrah Thaqafah Ent. (syarikat adik beradik). antara program-programnya ialah :-

-Mnyediakan kelas pengajian Al-Quran & Tajwid (kanak-kanak dan dewasa)
-Kelas Bahasa Arab Komunikasi
-Kelas Fardhu Ain Umumi dan Khususi.
-Terdapat juga jualan Kamus Al-Miftah, Cd-cd Al-Quran, Buku-buku Ilmiyyah, Barangan HPA dan Rawatan JAWI seperti bekam dan lain-lain lagi.



teman-teman yang berada dikawasan berdekatan dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang dianjurkan oleh Nadhrah Thaqafah, sila datang sendiri ke :-


Pusat Pengajian Nadhrah Thaqafah
No 22 (aras atas), Jalan Beringin 2,
Pekan Batu Kikir Baru,
72200 Batu Kikir,Negeri Sembilan.


atau hubungi :-

o6-4982877 (Pejabat)
013-3395538 (Us. M. Fairuz)0
013-3862856 (Us. M. Fuad)
017-3938534 (Us. M. Badri)
013-2246244 (Cik Nor Syahidah)


2. Sesiapa yang ingin menyumbang ke Nadhrah Thaqafah sila Bank In wang @ cheque anda ke :-
CIMB Islamic BankNo: 0502-0000047-10-8

atas nama NADHRAH THAQAFAH ENTERPRISE


KAMI JUGA ADALAH STOKIS BARANGAN KELUARAN HPA




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup melayu...bagus dan teruskan perjuangan saudaraku..demmi agama, bangsa, dan yg terutama demi islam sejagat..