Selasa, 24 Mac 2009

Peristiwa-peristiwa minggu ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman yang setia melawati blog tinta purnama setiap hari. Alhamdulillah dalam diam tak diam sudah beberapa hari penulis tidak mengeditkan blog ini, biasalah banyak kerja yang hendak dibuat. 2-3 minggu ini beberapa peristiwa besar telah dan akan berlaku. antaranya ialah,

* perginya sebutir permata yang berharga bagi Pemuda dan pimpinan Pas di Negeri Sembilan pada 19 Mac lepas selepas di dapati demam panas.Beliau ialah Ustaz Khairul Azhar B. Kamarudin ketua pemuda Pas Tampin. Al-Fatihah buat Allahyarham.

* 2 hari lepas DPP kawasan Jempol telah membuat mesyuarat tahunannya, mesyuarat kali ini pemuda telah membuat satu pemilihan baru bagi tahun 2009- 2011, Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar. pada mesyuarat DPP kawasan kali ini penulis dilantik menjadi Ketua Penerangan DPP kawasan Jempol. salah satu jawatan yang terpenting dalam DPP kawasan.sebenarnya penulis dah menolak jawatan ini, kerana penulis tak biasa memberi penerangan depan orang ramai.tapi oleh kerana syura sepakat memilih penulis, tak dapat tidak kene terima juga akhirnya.

* Hari ini 24 Mac, bermula mesyuarat agung Umno, selama 4 hari.jadi kepada sahabat-sahabat dari Umno dan B.N. buatlah pemilihan yang betul dalam perhimpunan kali ini. penulis amat harap-harapkan kepada semua perwakilan Umno dan Barisan Nasional tolak pemimpin rasuah, yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah, pemimpin yang dituduh oleh rakyat sebagai PEMBUNUH, peminpin yang mengamalkan penindasan dan sebagainya. janganlah bagi lagi peluang kepada mereka ini.

* 28 Mac depan akan diadakan penamaan calon bagi parlimen Bukit Gantang setelah calonnya dari Pas meninggal dunia, dewan Undandan Negeri Bukit Selambau setelah calonnya pada pilihanraya lepas meletakkan jawatan dan Dun bukit Aii di serawak setelah penyandangnya meninggal dunia. penulis harap kepada teman-teman yang berkesempatan, sama-samalah kita menyemarakkan sokongan kita kepada calon-calon yang bertanding.

setakat ini sahaja dahulu dari penulis, kepada teman-teman yang mempunyai info untuk disiarkan, emailkan kepada penulis atau terus kpada komen yang terletak dibawah ini.
InsyaAllah semoga succes selalu dan salam perjuangan buat semua...

Salam UkhwahFillah wa Siruu Ala Barakatillah.

Tiada ulasan: