Rabu, 11 Mac 2009

Memori 07 Mac 2009




7 Mac 2009, suatu tarikh yang tidak akan dilupakan oleh penulis sampai bila-bila...kerana menaggapkan isu bahasa ini tanggungjawab bersama, penulis sempat mengahadiri perhimpunan 100 ribu rakyat bagi membantah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Bersama ayah, abang ,adik dan seorang kawan kami pergi menaiki komuter dari seremban dan Alhamdulillah sampai di Masjid Negara ketika azan zohor sedang berkumandang.

Ketika itu penulis melihat para pejuang bahasa sudah berada di kawasan masjid,termasuk ahli-ahli politik, Ngo, mahasiswa/wi serta para aktivis yang datang dari beberapa buah negeri diselatan tanah air.

Tepat pukul 2.00 petang demonstrasi dimulakan.katika itu juga beberapa trak fru dan hampir 100 anggotanya mula membuat halangan dilaluan utama pintu pagar Masjid Negara, bagi menghalang para demonstrasi berjalan menuju ke Istana Negara.
Alhamdulillah..dengan kecekapan Unit Amal penulis dan semua pejuang bahasa yang bersama-sama pada petang itu berjaya melepasi halangan polis dan terus berjalan menuju ke istana Negara



Ketika berjalan hampir 2 kilometer dari Masjid Negara para himpunan sekali menerima dugaan halangan dari ANJING-ANJING BANGSAT kerajaan ini.mereka melepaskan berpuluh-puluh bom asap secara membabi buta kearah peserta himpunan.penulis juga tidak terkecuali terkena asap itu.hampir lumpuh sistem pernafasan dan penglihatan apabila terkena asap yang dilepaskan ini.Mengucap panjang penulis apabila terhidu sahaja asap ini.inilah kali pertama penulis menghidu asap ini.setelah beberapa kali bersama -sama pimpinan dalam hinpunan BERSIH dan himpunan membantah kenaikan harga minyak satu ketika dahulu.


kadang-kadang penulis terfikir jugak sebagai bangsa melayu yang diuar-uarkan kerajaan oleh kerajaan dari dulu sebagai bahasa rasmi Malaysia dan sebagai bahasa ibunda.tetapi dalam perkara ini mereka sendiri mempertikaikan apa yang telah mereka katakan dahulu.sehinggakan ada teman yang menyatakan greed lulus (A) telah turun ke paras 60%.Ini bermakna apabila sistem pelajaran dan pembelajaran sains dan matematik ini dijalankan, ramai pelajar yang tidak lulus sehingga pihak kerajaan mewartakan 60% sudah dikatakan lulus cemerlang.

Tapi apa-apa pun penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pendokong dan penyokong bahasa melayu yang sama-sama turun dijalanan bagi kita mendaulatkan bahasa ibunda kita..walaupun perjalanan kita hanya sekerat jalan, tetapi memorendum selamat sampai ke istana dan perhimpunan kita pada hari itu dianggap penulis sangat berjaya...

Apakah benar polis /FRU di malaysia sama macam Israel Dan Yahudi yang membunuh dan menindas rakyat di Negara Plaestin serta menjadi ANJING suruhan kerajaan pemerintah...???

1 ulasan:

http://profiles.friendster.com/33485812 berkata...

Demi Islam teruskan perjuangan wahai pemuda-pemuda harapan agama...