Alhamdulillah dapat lagi bersua di Blog Cinta Syahid dan seterusnya mengeditkan blog ini.dalam beberapa hari ni penulis agak sibuk sikit dengan kerja-kerja jamaah.pada 28hb lepas Pas kawasan telah mengadakan mesyuarat pemilihan bagi sesi 2009-2011.Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Y.B. Salahuddin Ayub pada sesi ceramah pada malam sebelumnya.2-3 hari sebelumnya juga penulis ditugaskan untuk membantu persiapan majlis ceramah dan mesyuarat yang akan diadakan pada keesokan harinya.selesai je mesyuarat kawasan hampir pukul 2.00 petang, penulis terus bersiap untuk ke Bukit Gantang. Alhamdulillah walaupun letih menjengah badan kerana kesibukan pada minggu ini, penulis merasa seronok dan baru terasa sekarang bagaimana manisnya berjuang demi agama Islam untuk mencapai kemenangan ini.
Semalam penulis dapat menghadirkan diri di bukit gantang, sesi penamaan calon diadakan di bangunan Majlis Daerah Taiping. Seawal pukul 6 pagi, lebih dari 1000 orang dari barisan Pakatan Rakyat telah membanjiri padang dan kawasan sekitar Majlis Daerah Taiping.
MasyaAllah..terkejut juga bila melihat lautan manusia yang membanjiri di sekitar kawasan
pakatan rakyat ketika itu.sokongan yang tidak berbelah bagi dari barisan pimpinan pakatan DAP dan PKR juga tidak kurang hebatnya.sekitar pukul 9.00 pagi kesesakan yang amat teruk berlaku disebelah pakatan rakyat. penulis dan teman-teman yang lain terpaksa berasak-asak mencari tempat.Dianggarkan lebih daripada 50 ribu orang membanjiri kawasan PR untuk memberi sekongan yang padu kepada calon PAS iaitu Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.penulis duduk bersama teman-teman atas bukit diluar padang Majlis Daerah.gelagat teman-teman dari pakatan rakyat yang duduk bersama diatas bukit ketika itu membuatkan penulis tambah bersemangat dan tak kering gusi dibuatnya.
Ada diaantara mereka yang menyanyikan lagu rasuah pemimpin Umno, menghina Najib dan berbagai lagi.ada diantara mereka memakai topeng Altantuya, membawa reka bentuk kapal selam dan sebagainya.semangat setiakawan dan sepakatan diantara parti pakatan boleh dilihat ketika itu.boleh bersama-sama bersorak, menyanyikan lagu, berselawat, membuat seolah satu lautan Ombak bagi menunjukkan kekuatan kita kepada BN.antara lagu yang dinyanyikan PR antaranya ialah :
DIA DATANG DENGAN MUKA RASUAHNYA..
DIA DATANG DENGAN KAKI RASUAHNYA..
DIA DATANG DENGAN KATAK PISANGNYA..
DIA DATANG DENGAN KATAK PURUNYA..
DIA DATANG DENGAN KAPAL SELAMNYA..
DIA DATANG DENGAN MB HARAMNYA..
DIA DATANG DENGAN EXCO HARAMNYA..
DIA DATANG DENGAN ALTANTUYANYA..
_________________________________
ITULAH BARISAN RASUAH..
YANG MALAS BERJUANG..
SIAP SEDIA MERASUAH..
UNTUK POKET SENDIRI..
SEBELUM DIA MERASUAH..
JANGAN HARAP DIA PULANG..
ITULAH SUMPAH PENDEKAR RASUAH..
UNTUK POKET SENDIRI..
ANDAI KATA DIA GAGAL MERASUAH..
TABURKAN NAJIS DI ATAS MUKANYA..
KITA MOHON DOA..
BN LINGKUP SEMUANYA..
PROJEK KILAT DITABUR LAGI..
NAK TIPU PARA PENGUNDI..
Bagi penulis ini adalah kemenangan pertama bagi PAS di Parlimen Bukit Gantang sebelum pengundian sebenar pada 7 April nanti Melihatkan semua ini, terdetik juga dihati penulis betapa benarnya kata-kata pimpinan pakatan bahawa kemenangan PR pada pilihanraya ke-12 dahulu kerana bantuan dari kaum Cina dan India.penulis dapat melihat sendiri pada kali ini kebanyakan mereka sanggup memakai baju kelab penyokong Pas, melilitkan badan mereka dengan bendera pas dan ada diantara mereka mencium bendera pas itu sendiri kerana kepercayaan mereka pada parti ini. Maha suci Alla yang telah memberikan mereka hidayah petunjuk untuk menyokong parti pimpinan Tok Guru ini.walaupun status mereka masih lagi pada agama asal, kerana hendakkan kebenaran dan ketelusan, mereka menyokong Pas dan sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit bagi menubuhkan kelab penyokong pas dikawasan mereka.tetapi orang-orang MELAYU...???? INSAFLAH wahai bangsaku...kamu mengikut pemimpin rasuah dan kamu telah memilih pemimpin yang salah. Nabi S.a.w. pernah bersabda :
"Bukan dari kalangan ummatku mereka yang memberi dan menerima rasuah"
Dalam hadis yang lain nabi bersabda..
"pemberi dan penerima rasuah tempatnya (telah tersedia) di dalam api neraka"
Tolonglah wahai orang-orang melayu..janganlah kerana hendakkan sedikit kemewahan dunia, kamu akan sesat hina dan mendapat balasan api yang menjulang di akhirat kelak.penulis hanya dapat mendoakan supaya dibukakan hati untuk mereka ini dan mudah-mudahan blong ini akan memberi manfaat kepada semua InsyaAllah..renung-renungkanlah ye..Siru Ala Barakatillah.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan