Sabtu, 21 Mac 2009

perginya sebutir permata Islam

Ustaz Khairul Azhar Bin Kamarudin, seorang sahabat juga seorang pejuang yang tidak asing lagi bagi pemuda dan Parti Islam Semalaysia (pas) di Negeri Sembilan.beberapa kali bertemu dalam program-program pemuda dan jamaah di Negeri Sembilan membuatkan penulis serta sahabat-sahabat seperjuangan dalam jamaah ini merasakan dialah pemimpin muda yang kami tunggu-tunggu selama ini.
Pertama kali bertemu dengan beliau ketika penulis menghadiri perhimpuna pemuda (DPPNS) di Kuala Pilah,ketika itu penulis baru pulang ketanah air setelah melanjutkan pelajaran ke Syria selama 4 tahun.kepetahan beliau berkata-kata bagi meniupkan semangat pemuda dalam menghadapi liku-liku perjuangan menegakkan agama Allah s.w.t.ini membuatkan ruh perjuangan yang selama ini tidur seakan-akan bangun dari lena yang panjang.
Betapa sayunya hati ini ketika mengimbau kembali pertemuan demi pertemuan bersama beliau, dan yang paling tidak boleh penulis lupakan ialah pertemuan terakhir penulis bersama beliau ketika beliau merasmikan Syarikat Nadhrah Thaqafah (syarikat adik beradik penulis) pada bulan lalu.


Hasbunallahu Wani'malwakil, Ni'mal Maula Wa Ni'mannasir...MasyaAllah, hilang sudah sebutir permata yang menjadi harapan pemuda ketika para pemuda dan jamaaah memerlukan orang sepertinya.siapakah dikalangan pemuda yang boleh menghabiskan sepenuh masanya dengan jamaah? berapa ramaikah dikalangan pemuda yang sanggup menolak makan gaji dengan kerajaan semata-mata demi perjuangan PAS? siapakah dikalangan pemuda pada hari ini yang sanggup mengorbankan masa, harta, tenaga dan keluarga demi perjuangan islam ini?

Sedih bila mengenangkan kenangan bersama beliau, hanya beberapa kali bertemu sudah terpikat dengan bakat kepimpinan beliau dalam mengendalikan jamaah dan pemuda di Negeri Sembilan.baru beberapa kali bertemu sudah terasa kehilangan beliau, apatah lagi sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah belajar, duduk dalam satu saf pimpinan PMRAM di Mesir, yang berjuang bersama-sama beliau dan yang pernah merasakan pahit manis dalam jamaah di Negeri Sembilan ini.Hanya aL-Fatihah dan doa yang dapat penulis hulurkan buat Allahyarham Ustaz Khairul Azhar Bin Kamarudin..semoga Allah s.w.t.meletakkan roh beliau dikalangan orang-orang yang soleh.



Selamat tinggal saudaraku..

selamat menempuh alam baru..
Selamat menemui Tuhan Rabbul Izzati..
namamu, semangatmu serta ketokohanmu akan kami kenang buat selama-lamanya.mudah-mudahhan semangat perjuanganmu yang kental akan mengalir kedalam tubuh-tubuh kami InsyaAllah..




KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi."Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi."Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya," katanya.Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu. Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman.

Tiada ulasan: