Khamis, 26 Mac 2009

Berani Rasuah, Berani Rebah & Sial Pun Bertambah

Malam tadi telah tercipta satu sejarah buat sayap kanan parti Umno dan Barisan Nasional apabila Khairi Jamaludin dilantik menjadi ketua pemuda Umno apabila beliau dapat mengalahkan Mukhriz Mahadhir dan Khir Toyo. Umum mengetahui bahawa mukhriz Mahadhir telah mendapat pencalonan yang tertinggi pada mesyuarat pemilihan yang diadakan disuluh negara beberapa bulan lepas. Bahkan dialah yang diuar-uarkan oleh sebahagian besar pemuda umno akan menduduki kerusi ketua pemuda pada mesyuarat pemilihan kali ini. tetapi sebaliknya yang berlaku pada pukul 11.20 malam tadi.apabila Khairi Jamaludin diumumkan ketua pemuda selepas mendapat 304 undi daripada 793 perwakilan.


Dikhabarkan berlaku kekecohan apabila sekumpulan penyokong Mukhriz berkumpul dibangunan bawah Pwtc semenjak diumumkan Khairi sebagai ketua pemuda. Mereka membantah keputusan rasmi itu sambil melaungkan "Khairi Rasuah!".."Khairi rasuah!".


Bagi penulis ia adalah satu yang mengejutkan, walaupun penulis bukanlah seorang pengamal politik. tetapi suasana panas politik hari ini membuatkan penulis bersama turun padang memberi sedikit pandangan dalam blog ini.penulis menganggapkan ianya adalah satu sejarah kerana bagi penulis...

*tidak pernah dalam setiap pemilihan Umno berlaku kelewatan mengumumkan pemenang bagi jawatan tersebut
* Seorang yang didapati rasuah dan menyalahgunakan kuasa oleh badan disiplin Umno beberapa hari lepas menang dengan mudah (walaupun berlaku perebutan tiga penjuru)

* Semalam sekumpulan penyokong Mukhriz menghentam Khairi jamaludin dengan berbagai perkataan kesat selepas mendapati Mukhriz kalah dalam perebutan kerusi ketua pemuda. ini menunjukkan bahawa didalam Umno tiada persefahaman, berlaku puak dan kumpulan-kumpulan tertentu, mempunyai agenda-agenda tertentu dalam pemilihan dan berbagai lagi.

tetapi bagi penulis inilah dia UMNO.yang buruk, rasuah,penyalahgunaan kuasa, menindas rakyat, membazir, kronisma, meterialisma, ego, bangga, pengkhianat, pembunuh dan semua yang buruk-buruk semua ada di dalam UMNO.


Antara gambar rusuhan puak Mukhriz yang tidak berpuashati atas kemenangan Khairi Jamaludin. Ihsan dari http://www.thenutgraph.com/ http://www.youtube.com/watch?v=ixlbB9VAeNM

Tak hairanlah jika penulis katakan si Rafidah Aziz yang dah tua dan nak mampus tu nak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua wanita umno pada kali ini, dan akhirnya lihatlah sendiri hanya pertandingan yang dapat menjatuhkan beliau. agak-agak penulislah baru kini beliau sedar ramai dikalangan wanita yang benci dan menyampah dengan beliau selepas mendapat 280 undi berbanding Shahrizat 507 undi.


Inilah dia Umno..salah satu parti yang paling bangsat sekali diatas muka bumi tika ini....

Tiada ulasan: